Selasa, 4 November 2014

8 Kaedah Untuk Mencapai Keseronokan dalam menceburi atau melakukan sesuatu pekerjaan


           Anda tahu apakah formula hebat untuk kekal seronok setiap hari?
“Jadikan setiap hari sebagai hari yang baru. Lupakan hari yang lepas dan tumpukan pada hari ini dengan penuh fokus dan kesungguhan. Lakukan yang terbaik!”
1.      Menyusun jadual dan membuat perancangan yang strategik 
 Ia adalah merupakan sesuatu perkara yang wajib dalam mencapai kepuasan dalam sesuatu perkara tanpa sebarang kebosanan. Perancangan yang rapi perlu dibuat secara teliti, di mana segala kerja atau aktiviti yang perlu dilakukan berjalan dengan lancar dan menyeronokkan. Susunan jadual dibuat secara rapi supaya tidak ada sebarang kerja yang tergendala dan membuatkan anda berada dalam keadaan tertekan. Melalui tekanan, perkara yang seronok akan berubah menjadi sesuatu yang agak membosankan. Bertangguh ialah salah satu penyakit yang terbukti boleh merosakkan usaha perniagaan yang dilakukan. Tidak cukup hanya mempunyai jadual dan perancangan, pastikan anda melakukannya pada masa yang telah ditetapkan. 
 2.      Mempunyai sistem kerja yang bersistematik 
Antara faktor lain yang akan melancarkan usaha perniagaan anda ialah sistem. Ini bermaksud anda membuat satu panduan khas (dokumentasi) untuk gerak kerja yang tertentu seperti penghasilan produk, sokongan pelanggan, promosi dan juga pemasaran. Setiap perkara tersebut bukan sahaja perlu dijadualkan, tetapi anda juga perlu menyenaraikan setiap gerak kerja (task) secara bersistematik.  
3.      Ruang Kerja Yang Kemas,tersusun dan menarik 
 Setiap manusia suka akan sesuatu yang dapat menarik perhatian mereka. Oleh itu, anda haruslah memastikan ruang kerja anda kemas dan tersusun rapi agar ia kelihatan menarik. Sebagai seorang usahawan, seseorang itu harus mempunyai identiti yang menarik yang dapat dilihat daripada kaedah susunan dalam ruang kerja. Idea dapat dijana dan keputusan dapat dibuat  sekiranya anda memiliki ruang kerja yang lebih kemas dan tidak menyesakkan mata. Ruang kerja yang berselerak, tidak tersusun atau dipenuhi dengan sesuatu yang tidak perlu akan mengganggu fokus kerja seharian anda. 
4.      Ada Privasi (Ruang Dan Masa) 
Saya bahagikan perkara ini kepada dua jenis iaitu privasi daripada keluarga dan privasi daripada para pelanggan anda. Pada waktu bekerja di rumah, pastikan anda tidak diganggu oleh ahli keluarga. Perkara ini sedikit sulit untuk dilakukan, namun jika anda menerangkan mengenai kerja anda, sudah pasti mereka akan memahaminya. Seterusnya, semasa bukan pada waktu kerja, anda perlu mengelakkan daripada dihubungi oleh para pelanggan melalui talian telefon. Wujudkan polisi menjawab panggilan telefon hanya di waktu tertentu sahaja dan pada hari tertentu sahaja (Contoh: Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 5.00 petang). Tujuannya agar anda boleh beristirehat bersama ahli keluarga tanpa diganggu oleh sesiapa pun. Dengan adanya privasi (ruang dan masa anda sendiri), anda akan dapat melakukan kerja dengan lancar, fokus dan dengan penuh keseronokan. Manakala di saat anda bersama keluarga tanpa gangguan pihak luar, anda boleh mendapatkan kembali tenaga dan semangat untuk kegunaan di keesokan hari.  
5.      Ada Matlamat Dan Tujuan 
Pastikan usaha perniagaan anda mempunyai matlamat tersendiri sama ada untuk jangka pendek dan panjang. Contohnya, matlamat sehari anda ialah mendapatkan jumlah penghasilan sebanyak RM200, matlamat mingguan sebanyak RM1000 dan matlamat bulanan mendapat hasil sebanyak RM5,000. Manakala matlamat jangka panjang ialah mewujudkan sebuah empayar perniagaan yang berjaya. Namun, matlamat ini hanya sebagai panduan sahaja dan jangan jadikannya sebagai satu tekanan kepada anda. Anda hanya perlu mengikut jadual dan perancangan kerja yang ditetapkan sahaja tanpa terlalu memikirkan hasil (matlamat) yang disasarkan itu.  
6.      Tidak Berseorangan 
Anda mudah bosan dan berputus-asa jika berniaga keseorangan tanpa menjalinkan persahabatan dengan usahawan yang lain. Melalui jalinan persahabatan, anda mampu untuk meluaskan perniagaan dan mengeratkan hubungan sesama usahawan yang lain. selain itu, dapat berkongsi pelbaga info-info yang tidak diketahui.
7.      Tahu Bila Untuk Berehat 
Jangan terlalu kuat bekerja sehingga anda lupa untuk berehat, makan minum dan riadah. Tanpa istirehat yang cukup, anda mudah letih dan kemudian datanglah perasaan bosan. Setiap 30 minit bekerja, luangkanlah beberapa minit untuk melakukan regangan otot (senaman ringkas). Bagi seorang muslim pula, setiap kali masuknya waktu solat fardhu, segerakanlah ibadah tersebut yang pasti akan memberikan ketenangan yang maksima. Solat yang diakhiri dengan doa dan zikir, sudah pasti akan menguatkan lagi usaha perniagaan anda.  
8.      Hargai, Faham Dan Bangga Dengan Kerjaya Anda 
Jika anda tidak faham usaha perniagaan yang anda lakukan sekarang, anda akan mudah bosan. Keadaan ini adalah lawan kepada keseronokan. Pastikan anda memahami erti sebenar perniagaan anda dan tujuan anda melakukannya agar keseronokan itu mudah untuk anda miliki. Kemudian, anda perlu menjadi diri sendiri. Jika pendapatan usahawan lain adalah RM10,000 sebulan dan anda hanya RM5000 sahaja, jangan sesekali memperbandingkannya sehingga semangat anda lemah. Sebaliknya, jadikan mereka yang lebih berjaya itu sebagai teladan untuk anda lebih kuat berusaha. Akhir sekali ialah anda mesti bangga dengan usaha anda terutama jika anda melakukannya secara sepenuh masa.  
Kesimpulan 
Tanpa keseronokan, anda pasti akan melakukan kerja seharian tanpa hala tujuan, tidak bersemangat, cepat letih dan pendapatan bulanan anda pasti akan merosot. Jadi, pastikan anda memiliki keseronokan di dalam usaha perniagaan anda pada setiap hari dan selamanya agar kejayaan menjadi milik anda. 


https://www.facebook.com/notes/rakan-niaga-ceo/keseronokkan-bekerja-faktor-kejayaan-usahawan/101708616657746
 

Selasa, 7 Oktober 2014

7 TIPS KEJAYAAN TOKOH USAHAWAN TERKENAL SYED MUKHTAR AL BUKHARY

Assalamualaikum dan salam sayang semua... mari kita sama-sama mengetahui tip2 kejayaan dalam menjalani sesuatu perniagaan.. semoga daripada tips ini kita dapat menjadi lebih baik dalam mencapai matlamat sebagai seorang usahawan..
jom kita lihat...



TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY TAN SRI SYED

-Umur - 53 tahun
-Pendidikan - SPM
-Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
-Kekayaan -RM1,425 juta
-Ke 7 terkaya di Malaysia
-Ke 32 terkaya di Asia
7 Tip Kejayaan Bisnes dan Motivasi Syed Mukhtar Al Bukhary
Sejak dari kecil, beliau sudah memahami betapa pentingnya erti kejayaan dalam kehidupan. Kejayaan yang akan mengubah hidup diri serta keluarganya. Yakni mengeluarkan diri daripada kepompong kemiskinan. Seterusnya menjadikan diri sebagai seorang usahawan kaya dan berjaya. Beliau adalah Tan Sri Syed Mukhtar Al Bukhary.Seorang usahawan Melayu yang cukup dikenali di mata masyarakat.Kisah kejayaan beliau menjadi inspirasi kepada golongan para usahawan. Namun apakah rahsia kejayaannya? Apakah prinsip kehidupan yang dipegang oleh Tan Sri Syed Mukhtar Al-Bukhary dalam perniagaannya?
Berdasarkan analisis yang dikongsikan oleh beliau sepanjang kehidupannya berniaga, terdapat 7 tip kejayaan yang penting untuk diamalkan oleh para usahawan iaitu:
  • Usaha dan Tekun, Serta Sedar Ia Memakan Masa

Kejayaan itu prinsip asasnya adalah usaha. Setiap usaha pula memerlukan fokus, yakni membawa maksud kepada ketekunan. Hanya orang yang tekun sahaja mempunyai peluang untuk berjaya dalam perniagaan.
Dalam masa sama, usahawan perlu sedar tentang faktor masa. Dalam perniagaan, masa untuk memperoleh kejayaan yang diinginkan adalah berbeza-beza
  • Mengenali Kekuatan dan Kelemahan Diri

Usahawan yang hebat lagi berjaya adalah mereka yang jelas tentang kekuatan dan kelemahan diri. Kekuatan itu digunakan untuk memacu perniagaan ke tahap yang lebih baik. Dalam satu kajian yang dibuat, usahawan yang menggunakan kekuatan mereka untuk membangunkan perniagaan bukan sahaja mudah untuk berjaya.
Malah mereka akan mencapai tahap hidup yang bahagia dan kepuasan terhadap perniagaan yang dibangunkannya.
Buku Now Discover Your Strength yang ditulis oleh Mack Buckingham adalah buku rujukan yang bagus untuk para usahawan mengenal pasti apa kekuatan dalam diri mereka.
Manakala para pekerja atau rakan niaga boleh digunakan bagi mengatasi kelemahan diri.
  • Tidak Ada Jalan Singkat Dalam Perniagaan

Tan Sri Syed Mukhtar Al-Bukhary sering menyatakan, kejayaan dalam perniagaan tidak mempunyai jalan singkat. Setiap laluan dalam perniagaan yang kita pilih, mempunyai cabaran dan dugaan yang tersendiri.
Tambah beliau, orang yang lemah akan mengaku kalah. Bagi usahawan yang memiliki jiwa dan semangat yang kental, mereka akan menganggap setiap perjalanan itu sebagai pengalaman yang mengajar, untuk menjadi seorang pemilik bisnes yang lebih baik.
  • Kemewahan Bukan Motivasi Bisnes

Kereta besar, rumah besar, jam tangan mahal dan material-material mahal bukan faktor utama kejayaan usahawan.
Ia hanya menjadi salah satu daripada hadiah untuk membangkitkan motivasi dan meningkatkan estim diri. Kesilapan usahawan yang memulakan perniagaan untuk hidup mewah, akan membawa mereka kepada lembah hutang yang tidak berkesudahan.
Selain daripada Tan Sri Syed Mukhtar Al-Bukhary sendiri yang mengakui tentang isu ini, lagenda dunia teknologi dan gajet, Steve Jobs turut menyatakan,
“Perniagaan itu akan lebih berjaya dan hebat apabila kita melakukan apa yang kita cintai. Bukan tertakluk pada kemewahan semata-mata.”
  • Pangkat Dunia Juga Bukan Motivasi Perniagaan

Adakah kita berniaga kerana mahu memegang jawatan atau pangkat yang tinggi dalam syarikat?
Semua itu tidak mustahil. Namun kepuasan yang sebenar tidak bergantung pada ia semata-mata. Menurut beliau, sebab-sebab usahawan itu berjaya terletak pada:
· Keinginan yang kuat untuk hidup bebas.
· Ingin mencapai matlamat bebas kewangan.
· Ingin mengubah dunia menjadi lebih baik.
· Ingin mengisi jawapan kepada masalah yang dihadapi masyarakat.
  • Kejayaan Bisnes Itu Adalah Rezeki Allah

Walau apa jua cara yang kita usahakan dalam perniagaan, matlamat utama kita sebagai usahawan (khususnya yang beragama Islam) adalah mengingati bahawa setiap rezeki yang diturunkan itu adalah milik Allah.
Justeru itu, apabila kita memperoleh kejayaan walaupun kecil, ucapkan syukur dan lakukan kebajikan mengikut kemampuan agar kita memperoleh lebih banyak punca rezeki.
  • Berbisnes Kerana Agama

Dalam Islam, agama ini menuntut penganutnya untuk melakukan perniagaan. Kerana dengan perniagaan, kita mampu untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang halal lebih banyak.
Dengan perniagaan, kita mempunyai peluang untuk bersedekah dengan nilai yang lebih banyak. Dengan perniagaan juga, kita mempunyai masa yang lapang untuk menunaikan ibadat-ibadat wajib dan sunat.
Oleh kerana prinsip-prinsip ini, Tan Sri Syed Mukhtar Al-Bukhary dilihat sebagai usahawan Melayu Islam yang begitu menonjol di mata dunia. Justeru itu, mengamalkan tip-tip yang dikongsikan beliau ini dapat meningkatkan keyakinan kita untuk lebih berjaya dalam perniagaan.
http://cpcmict2013.wordpress.com/keusahawanan/rahsia-kejayaan-usahawan
http://mokhtaralbukhary.blogspot.com/2008/02/tan-sri-syed-mokhtar-al-bukhary-tan-sri.html

Sabtu, 4 Oktober 2014

CERITA KEJAYAAN USAHAWAN CEMERLANG TAIB MUDA

Profil usahawan cemerlang

Nama : Taib Muda

Umur : 53 Tahun
 
Asal : Kampung Banggol Katong, Serada, Kuala Terengganu
 
Jawatan : Pengarah Urusan Orisahanif Enterprise
 
Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Isteri : Suri@Ngah Taib


Mengenangkan kehidupannya yang miskin lebih 25 tahun lalu, siapa sangka beliau boleh menjadi jutawan hanya mengusahakan keropok.

Itulah pencapaian menakjubkan Taib Muda, 53, atau lebih dikenali sebagai Pak Embong yang tidak mengenal kegagalan atau putus asa dalam perniagaan bagi memastikan impiannya menjadi usahawan berjaya tercapai.

Bagi penggemar keropok kering dan lekor dari dalam dan luar Terengganu, produk Keropok Ori keluaran Pak Embong bukanlah asing kerana terkenal dengan keenakan dan keasliannya.

Pembabitan awal Pak Embong dari Kampung Kubang Bujuk, Serada, Kuala Terengganu, dalam bidang itu bermula pada 1985 apabila bertekad keluar daripada kepompong kemiskinan untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

Beliau ketika itu yang bekerja sebagai buruh terpaksa menanggung tujuh anak dengan pendapatan tidak menentu. “Bayangkanlah dengan gaji sebagai buruh yang tidak seberapa saya terpaksa menanggung ramai ahli keluarga hingga ada ketika mengikat perut semata-mata untuk memastikan anak cukup makan dan pakaian,” katanya yang kini Pengarah Urusan Orisahanif Enterprisetika.

Selepas berbincang bersama isterinya, Suri Ngah Taib, 40, yang setia mengharungi kesusahan dihadapi mereka, Pak Embong mendapat ilham untuk memulakan perniagaan keropok kering dan lekor secara kecil-kecilan. Walaupun pernah ada kata-kata sinis dilemparkan kepada dirinya dan keluarga ketika memulakan perniagaan, ia dianggap sebagai asam garam dan pencetus semangat untuk terus berjaya.

Dengan bermodalkan RM200, beliau yang masih muda ketika itu membuang perasaan malu apabila sanggup mengayuh beca sejauh 25 kilometer setiap hari bagi mendapatkan bekalan ikan dari jeti Jabatan Perikanan di Pulau Kambing.

Menurutnya, keropok lekor yang siap diproses bersama isterinya itu dijual di sekitar kampung dan bandar Kuala Terengganu. Rutin mengayuh beca dengan menjaja keropok berterusan lebih sepuluh tahun sebelum keuntungan yang dikumpul dijadikan modal untuk membuka kedai menjual makanan tradisi itu di Paka, Terengganu dan Johor Bharu, Johor pada 2001. Bagaimanapun, perniagaan berkenaan diserahkan kepada rakan niaganya untuk diuruskan sebagai strategi memperkenalkan jenama Keropok Ori.

Walaupun terpaksa menempuh jatuh dan bangun, termasuk ditipu pada peringkat awal, ia bukan penghalang buat Pak Embong untuk terus bangkit memanfaatkan modal yang dikumpulkan untuk membuka kedai keropok di Kampung Losong Haji Su pada 2006 selain berniaga di pasar malam.

Ternyata usaha dan strateginya tidak sia-sia apabila keropok keluarannya menerima sambutan hangat, terutama daripada orang luar yang bertandang ke perkampungan berkenaan.

Menyedari potensi perniagaan terbabit untuk dikembangkan, Pak Embong berkata, beliau melebarkan sayap perniagaan dengan membuka empat lagi cawangan kedai keropok di Cameron Highlands, Pahang dan Gua Musang, Kelantan awal Januari lalu. Kini operasi perniagaan keropoknya berjalan lancar dan semua cawangan berkenaan memberi pulangan seperti diharapkannya dengan purata keuntungan RM30,000 sebulan.

Keuntungan itu juga mampu mencecah RM100,000 sebulan pada musim cuti sekolah dan perayaan. Dengan memegang prinsip `di mana ada kemahuan di situ ada jalan’, beliau kini boleh berbangga kerana usahanya untuk keluar daripada kancah kemiskinan berjaya, malah mampu memperoleh pendapat lumayan hasil perniagaan keropok.

Pak Embong sekarang banyak menghabiskan masanya mengurus semua cawangan kedai keropoknya selain turun ke padang bertemu pelanggan. Selain itu, bagi menampung permintaan tinggi bekalan keropok, beliau membuka pusat memproses yang berkemampuan menghasilkan satu tan keropok lekor dan kering setiap hari.

Walaupun hidup semakin mewah dengan hasil perniagaan keropok, Pak Embong tidak pernah melupakan kesusahan dilalui, terutama ketika terpaksa mengayuh beca untuk menjual keropok. Malah, beliau sanggup menggunakan beberapa kereta mewah miliknya seperti Mitsubishi Evolution, BMW dan pacuan empat roda mengangkut isi ikan yang siap diproses dari pusat memproses sebelum dihantar ke kedainya.

Bagi Pak Embong, kejayaan diperoleh umpama mimpi daripada seorang buruh kini dirinya mampu memiliki kehidupan lebih baik berbanding ketika mula-mula menjalankan perniagaan berkenaan. “Semuanya ini hasil daripada hasil doa selain keberkatan Tuhan terhadap usaha gigih saya untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik.

“Walaupun kejayaan ini tidak dikecapi dengan mudah, ia sebenarnya satu hikmah kepada saya supaya sentiasa menginsafi diri walaupun sudah berjaya,” katanya.Ternyata, pelawat yang datang ke Terengganu menjadikan kedai Pak Embong sebagai destinasi persinggahan yang pasti untuk membeli keropok kering dan lekor.

“Kebiasaannya bas rombongan menjadikan kedai kami ini sebagai pelengkap lawatan mereka bagi mendapatkan keropok yang enak sebagai santapan pulang ke negeri mereka. “Dengan harga munasabah dan dengan slogan 'Rasa Dulu Baru Beli' membuatkan pelanggan berasa selesa untuk mencuba sebelum membeli,” katanya.
Tips Usahawan Kreatif

Bantu pemuda menganggur, ibu tunggal
“Tiada jalan pintas untuk berjaya, saya sentiasa mengingatkan anak bahawa kehidupan yang selesa kini hasil keperitan hidup dan mereka perlu sentiasa menyedarinya,” kata Taib Muda, 53, atau lebih dikenali sebagai Pak Embong.

Taukeh keropok yang berasal dari Kampung Banggol Katong, Serada, Kuala Terengganu itu, berkata kejayaan dikecapi kini mengubah tanggapan orang ramai terhadap perusahaan keropok lekor dan kering yang dianggap tidak menguntungkan.

Beliau menganggap tujuh anaknya Sarita, 24, Mohd Tasbit, 22, Mohd Shahrul, 20, Mohd Arif, 19, Norliana, 18, Mohd Firdaus, 13 dan Mohd Hanif , 6, pencetus kekuatan untuknya terus berusaha. Pak Embong berbangga kerana tiga daripada anaknya berjaya melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi hasil titik peluhnya dalam perniagaan keropok.

Hasrat masa depannya untuk mengembangkan perusahaan keropok lekor Terengganu ke seluruh pelusuk tahan air, termasuk di Sabah dan Sarawak. Selain itu, beliau mahu membantu golongan miskin dan anak muda yang menganggur untuk menjadi usahawan keropok.

"Saya juga mempunyai wawasan untuk melihat anak muda yang menganggur, ibu tunggal serta pelajar lepasan sekolah berkecimpung dalam bidang perusahaan keropok lekor kerana mampu meningkatkan pendapatan isi rumah serta mengatasi pengangguran.

"Niat saya adalah ingin membantu masyarakat, terutama yang berminat untuk berniaga, namun tidak mengetahui cara serta langkah sewajarnya yang perlu diambil bagi memulakan sesuatu operasi perusahaan keropok,” katanya ketika ditemui.

Ini akan dilakukan secara francais dan beliau akan memastikan keaslian produk terjamin mutunya serta halal dimakan. Kata Pak Embong, beliau tidak lokek untuk berkongsi kemahiran kepada pengusaha baru. Menurutnya, beliau terharu apabila terpilih sebagai penerima anugerah usahawan cemerlang oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), baru-baru ini.

Beliau turut berterima kasih kepada AIM, Mara, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang banyak membantunya untuk mengembangkan perniagaannya.


http://usahawan-kreatif.blogspot.com/2010/01/orisahanif-enterprise.html%

Jumaat, 26 September 2014

9 PERKONGSIAN BERSAMA TOKOH USAHAWAN WANITA YANG BERJAYA PUAN ROZITA IBRAHIM

Aku bukanlah dilahirkan sebagai seorang yang hebat, tetapi aku belajar dengan mencontohi orang yang hebat untuk berusaha menjadi hebat, aku bukanlah semula jadi pandai, tetapi aku berusaha mendalami dan mempelajari kaedah atau kemahiran untuk menjadi seorang yang pandai, aku adalah orang biasa, dan ingin menjadi luar biasa, last sekali, aku bukan lah seorang yang istimewa tetapi aku ingin membuatkan seseorang menjadi istimewa…


TOKOH USAHAWAN SENDAYU TINGGI…

Puan Rozita Ibrahim adalah nama yang tidak asing lagi dalam bidang kecantikan. Beliau adalah jutawan kosmetik sendayu tinggi yg sentiasa menjadi aspirasi kepada setiap usahawan yang baru terutamanya usahawan wanita. Puan rozita juga telah membuktikan kejayaan tidak mengenal siapa diri kita.

“bagi saya, kecantikan wanita itu pada “otaknya”. Apa guna pakai barang-barang jenama tetapi tiada “otak” dan malas berusaha.

Saya sngat3 setuju dengan Puan Rozita Ibrahim.. Manfaatkan lah segala kurniaanNYA kepada kita..



Nama Lengkap: Rozita  Ibrahim
Tempat lahir: Sungai Besar, Selangor
Model: Honda Boon Siew
Bapa Pekerjaan: Guru Sekolah Agama
Pekerjaan ibu: Surirumah
Bilangan Anak: 5 Orang
Adik-Beradik: tertua dari 6 beradik


Kisah Kejayaan Pengasas Produk Sendayu Tinggi Puan Rozita Ibrahim


Puan Rozita Ibrahim adalah merupakan salah seorang usahawan wanita yang berjaya di Malaysia dengan jenama Sendayu Tinggi. Apabila kita membaca sejarah dan kisah kejayaan beliau, kita pasti akan mendapat motivasi kerana walau apa jua latar belakang kita, jika kita berusaha, pasti akan mendapat kejayaan. Yang pasti tiada kejayaan datang tanpa dugaan dan cabaran. Sesuatu kejayaan akan merasa kemanisan apabila mengharungi pelbagai kepahitan.


1) Hidup ini ada penawar dan racun

WANITA ini mengakui pernah menjadi penoreh getah, hidup penuh kedaifan dan serba kekurangan hinggakan pada suatu ketika bayinya diberi minum sirap bagi menggantikan susu. Kepayahan dan penat jerihnya tidak berbayar dengan kesenangan malah ia pernah meragut nyawa anak keduanya yang sakit dan lumpuh ekoran tidak berwang untuk mendapatkan rawatan terbaik.

Pepatah hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat sungguh terkesan di hati dan mencabar dirinya untuk bekerja lebih kuat bagi memperoleh pendapatan yang selesa.

Sebelum bergelar usahawan yang berjaya dengan empayar perniagaan sendiri, Rozita Ibrahim mengakui pelbagai peristiwa duka melingkari perjalanan hidupnya.

Ketabahan, kekuatan dan sentiasa yakin terhadap usaha sendiri dibalas dengan kejayaan yang mengangkat dirinya menjadi usahawan yang disegani. Baru-baru ini beliau dianugerahkan Usahawan Wanita 2005 oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM). Kepada wartawan RAHANA MD dan jurugambar MOHD. SHAHARANI SHAIBI, Rozita berkongsi sedikit pengalaman hidupnya di ibu pejabat Sendayu Tinggi yang terletak di Bukit Tinggi, Klang, Selangor.



2) Boleh ceritakan sedikit apakah yang mendorong anda untuk berubah?

ROZITA: Kesusahan yang melingkari hidup sejak kecil. Dek kerana kemiskinan yang diwarisi daripada keluarga, saya hidup serba kekurangan. Saya dikahwinkan dalam usia belasan tahun dengan lelaki yang bukan daripada golongan senang menjadikan kepayahan yang terbeban berganda.

Di sisi suami, saya menoreh getah dan menjalankan perniagaan kedai runcit namun kami tetap susah.

Jodoh kami tidak lama, di mana akhirnya membawa saya ke kota dan membuat macam-macam kerja daripada kerja kilang, penyambut tetamu, eksekutif promosi dan pemasaran hinggalah ke perniagaan jualan langsung. Terasa lapang sedikit tetapi saya mahu lebih berjaya kerana enggan hidup melarat lagi.

3) Justeru, apakah yang anda lakukan seterusnya?

Selepas menjalani episod duka yang berterusan saya mengambil keputusan menghasilkan perniagaan sendiri. Alam semula jadi paling hampir dengan kehidupan saya sejak kecil dan saya akui pernah menggunakan tumbuhan hutan untuk mengubat anak kedua yang sakit dan lumpuh semasa saya hidup susah.

Bermodalkan RM400 saya mulakan perniagaan dengan menjadikan herba sebagai sandaran. Untuk meyakinkan pelanggan, saya gemukkan badan, kemudian makan dan amalkan produk yang dijual dan hasilnya memuaskan. Saya lakukan sebanyak tiga kali dan mula menjual dari rumah ke rumah. Sambutan yang diterima menggalakkan dan mendorong saya menubuhkan Sendayu Tinggi Enterprise pada awal tahun 2000 dengan menyewa kedai di Plaza Majlis Perbandaran Klang.

 4) Apakah anda berpuas hati dengan hasil yang dicapai ketika itu?

Syukur, seperti yang direncanakan, perniagaan saya berkembang maju dan sambutan terhadap produk Sendayu Tinggi amat menggalakkan terutama produk pelangsingan badan. Kebetulan ketika itu kebanyakan masyarakat kembali menggunakan produk warisan nenek moyang terutama herba yang sekali gus meningkatkan jualan.

Selepas beberapa tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan yang penuh persaingan dan dugaan, saya mengambil keputusan meluaskan empayar. Kini Sendayu Tinggi Enterprise menubuhkan Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd. dan mempunyai sembilan anak syarikat termasuk Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn. Bhd., Sendayu Tinggi Body & Skincare (M) Sdn. Bhd. dan Sendayu Tinggi Cosmetics & Fragrances (M) Sdn. Bhd..

5) Apakah yang mendorong anda untuk terus mencipta kejayaan?

Anak-anak menjadi iltizam untuk saya terus berjuang meningkatkan pencapaian pendapatan dan ekonomi. Saya pernah menjadi wanita yang hanya mengikut perintah melakukan pelbagai pekerjaan tetapi apabila saya bangun dan berjalan, saya tidak akan menoleh lagi. Saya berjanji kepada anak-anak untuk menjadi ibu yang baik kerana dahulu saya kurang limpahan kasih sayang. Namun, saya belajar daripada pengalaman. Kasih sayang menjadi kunci kebahagiaan selama-lamanya.

6) Apakah yang anda kongsi dengan masyarakat?

Berkongsi ilmu kecantikan melalui konsep herba di samping menerapkan dalam diri mereka agar berusaha gigih dan tidak putus asa. Selain menawarkan produk yang berkualiti kepada pelanggan, saya turut menyalur sumbangan kepada masyarakat terutama golongan susah, ibu tunggal, anak yatim dan warga tua. Walaupun wang ringgit tidak mampu menandingi nilai kasih sayang tetapi saya dapat menggembirakan mereka. Saya sayangkan masyarakat dan ingin disayangi oleh masyarakat. Harapan utama saya kini mahu membantu mereka terutama ibu tunggal yang susah atau sesiapa sahaja untuk menceburi bidang perniagaan dengan menjadi pengedar Sendayu Tinggi untuk meningkatkan pendapatan.

7) Apakah rahsia kejayaan yang anda raih?

Ada racun dan ubat dalam diri sesiapa sahaja dan terpulang kepada kita memilihnya. Saya berpegang kepada kejujuran dan keikhlasan yang menjadi santapan rohani dalam urusan perniagaan dan kehidupan. Saya percaya hidup ini umpama roda yang ada kala di bawah dan kemudian berada di atas, lantas semasa di puncak saya minta kepada Tuhan agar tidak lupa diri.

8) Apakah pencapaian terkini anda?

Sendayu Tinggi telah mempunyai kilang pemprosesan herba bagi produk tradisional dan kilang ini telah memperoleh lesan Amalan Perkilangan Baik (GMP) yang terletak di Pulau Indah, Klang, Selangor. Jumlah pengedar kini lebih 2,000 orang di seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan terbaru di Jepun, China, Taiwan dan Korea.

9) Ke manakah hala tuju Sendayu Tinggi selepas ini?
Selepas berjaya memenuhi pasaran produk herba tradisional di pasaran Malaysia selama tujuh tahun, saya bercita-cita membentuk usahawan wanita daripada golongan yang kurang bernasib baik dari segi peribadi mahupun pencapaian karier. Kebanyakan jaringan Sendayu Tinggi berjaya dibimbing melalui roadshow yang berbentuk motivasi



Sumber: http://muntahpelangi.blogspot.com/2012/05/kisah-kejayaan-pengasas-produk-sendayu.html%20

Selasa, 16 September 2014

PERANAN UTAMA USAHAWAN DI MALAYSIA

Keusahawanan  merupakan  tonggak utama  kepada pertumbuhan ekonomi  dan usaha  ke arah meningkatkan  inovasi,  kreativiti dan daya saing sesebuah  negara. 


1) Memenuhi Keperluan & Kehendak diri sendiri dan Masyarakat

Adalah menjadi tangjungjawab usahawan untuk memenuhi keperluan dan kehendak yang diperlukan oleh masyarakat. Mereka akan memberi barangan mengikut permintaan pasaran. Bukan sahaja kepada masyarakat tetapi kepada diri sendiri. usahawan memenuhi kehendak semua golangan masyarakat tidak mengira agama, bangsa dan keturunan. 
Mereka menyediakan barang-barang keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Barangan kehendak seperti alat komunikasi, gajet dan makanan mewah turut disediakan untuk memenuhi kehendak di dalam diri yang menginginkan keseronokan. usahawan juga menyediakan peluang pekerjaan yang diperlukan oleh masyarakat untuk menjana pendapatan bagi meneruskan kehidupan.

2) Menyumbang Terhadap Pembangunan Ekonomi

Usahawan-usahawan yang ada, menyumbang tenaga dan idea untuk pembangunan ekonomi masyarakat. Dalam masa yang sama, mereka meningkatkan ekonomi negara.
Secara tidak langsung, usahawan-usahawan telah membantu ekonomi negara dengan pendapatan kasar jualan jutaan ringgit setahun.

3) Meningkatkan Taraf Hidup
Dengan barangan yang dikeluarkan oleh usahawan-usahawan, ia membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat di Malaysia. Sebelum ini, kita tidak dapat menduduki rumah ala 'cluster', sekarang sudah ada usahawan yang menyediakannya.
Teknologi sekarang semakin maju. Sebagai contoh, terdapat 'touchscreen' untuk pengguna telefon bimbit. Pada hari ini, kita dapat menggunakannya kerana usahawan telah membantu merealisasikannya.
Kesimpulannya, usahawan yang ada, telah banyak membantu masyarakat untuk meneruskan kelangsungan hidup. Hidup menjadi mudah dan laju.